Internet & Kehidupan

Open House

Bila bercakap soal open house ataupun rumah terbuka biasanya perkataan ni ada cuma pada hari-hari perayaan sahaja kan.Setuju tak ? Kalau hari lain biasanya orang panggil kenduri atau jamuan.Rumah terbuka ni bagus jika kena pada tempatnya.Islam amat menggalakkan rumah terbuka ni kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama insan yang kita kenali.Bak kata Aziz Desa " Yang juah kita dekatkan dan yang dekat kita serasi-serasi kan ".Mungkin rakan yang dah lama tak jumpak habaq hang seperti rakan sepermainan masa zaman kanak-kanak dulu-dulu,rakan ketika sekolah rendah,menengah,maktab,kolej,ipta dan ipts di dalam dan luar negara sentiasa berhubung dan saling bertanya khabar.Masa-masa perayaan seperti ini lah kita akan menziarahi atau bertandang di rumah kenalan kita.Kebiasaanya pada hari bukan perayaan memang jarang atau kekadang tu lansung tak berhubung pun dek kerana kesibukan bekerja ataupun buat-buat lupa kawan.Zaman sekarang ni dah moden kan.Apa-apa informasi kita boleh dapat cuma dihujung jari jer.Kita nak cari kawan lama pun boleh melalui medium Internet kan.Social networking seperti Facebook,Frienster,Tweeter,My Space dan berbagai lagi wujud sebagai jaringan kenalan diperingkat global.
Berbalik kepada tajuk rumah terbuka tadi memang tak dinafikan ia cukup memberi erti dan kepuasan kepada tuan rumah kerana berjaya megadakan majlis tu.Teringat aku pada khutbah Jumaat tempoh hari di mana Islam mengariskan beberapa panduan sebagai tetamu dan sebagai tuan rumah.
Mimbar mengingatkan sebagai tetamu kita hendaklah memberi salam kepada tuan rumah dahulu.Seandainya lebih tiga kali beri salam tuan rumah buat dek jer maka faham-faham jelah apa nak buat.Sebagai tuan rumah pula hendaklah memberi layanan istimewa kepada tetamu dan apa yang penting ("KERJASAMA..alamak cam dialog WONDERPETs jer") yang ditekankan dalam Islam adalah jangan membazir.Membazir itu kan saudaranya syaitan.
Kalau nak sentuh bab salam tadi Islam memandang berat tentang bersalaman.Perlulah kita menjaga batas-batas pergaulan yang digariskan dalam Islam.Tidak boleh bersentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim.Kita khuatir niat suci tadi menjadi keruh kerana perkara seperti itu.Mimbar juga mengingatkan supaya lebih afdal menjemput orang-orang yang miskin atau anak yatim untuk datang ke rumah terbuka.
Ni aku nak kongsi sikit berkenaan amalan orang jawa yang mengamalkan apa yang disebut sebagai BARAAN.Aku tak faham lah maksud spesifiknya tetapi lebih kurang seperti ziarah lah.Kebiasaannya amalan ini dilakukan ketika musim perayaan.Setiap penduduk kampung tak kira golongan tua atau muda bersama-sama berkumpul dan melakukan baraan di setiap rumah di kampung itu.Pada pendapat aku amalan tu memang bagus sebab boleh kenal lah muka-muka penduduk kampung tu disamping mengeratkan hubungan sesama insan.Di daerah kawasan aku tinggal ni belum pernah nampak lah ada amalan baraan tetapi seperti daerah Tanjung Karang,Sekinchan masih ada mengamalkannya.Cara mereka datang beramai-ramai dari rumah ke rumah tu sekejap jer.Tuan rumah tak perlu susahkan diri nak bagi makan berat-berat.Sekurangnya sediakan minuman dan kuih raya. Meraka akan datang dan berbual-bual sebentar kemudian mereka beredar dan pergi pula ke rumah yang seterusnya.Perbualan mereka ni lebih kepada bertanya khabar sebagai contohnya "Kabare ?" ("Itu jer yang aku tau"kata benakku).Dah pasti ada ketuanya yang akan memimpin kumpulan tu.Dialah yang akan bagi signal nak bergerak atau tidak.
Hmmmm..alhamdulillah memang unik Malaysia ni kan. Pelbagai budaya kita boleh pelajari sebab pelbagai kaum, atnik dan bangsa hidup di Malaysia kan.Benarlah kata orang tua " Di mana bumi dipijak disitu langit dijunjung " dan satu lagi "Hujan Emas di negeri orang hujan Batu di negeri sendiri...Mana nak sama negeri sendiri kan".
Oklah sampai sini dulu lah post entry aku kali ini.Aku celoteh sampai letih tetapi persoalan yang aku tertanya-tanya berkenaan Open House ini satu budayakah atau amalankah di Malaysia yang tercinta ini masih belum clear.Camne pun............ZZZzzzzzzzzzzzzz dulu.


Sekian


Wassalam




Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".
  1. Nice blog. Informative & impressive content.
    ________________
    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  2. katak_ayu tak pegi mana2 pun raya ni melainkan dok sepital....

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan