Internet & Kehidupan

Cepat benar MASA berlalu

Salam tetamu muslim sekalian dan ucap selamat kepada non muslim (ada ker)...Hari ini adalah hari yang raya ke 6 dalam bulan Syawal.Haiiiiyyyyy....cepat benor masa berlalu kan (loghat Perak).Kalau iku perasaan rasanye baru jer habis Ramadhan.Puasa pun rasa sekejab jer.Sedor-sedor berada dalam Syawal.
Teringat aku saat berpuasa masa aku kecik dulu.Ni nak kabor kat deme ni...pernah satu ketika dulu waktu aku sekolah rendah darjah berapa aku tak ingat tapi budak hingusan lagi lah (bukan berhingus ekk) punyalah tak tahan berpuasa sampai mintak dengan mak aku untuk buka puasa masa tu baru pukul 4ptg tak silap aku.Rasa nak buka puasa tu bukan apa..tekak dah kering tup tup abah aku balik bawak cendol depan mata aku.Alih2 secara autocruise aku dahaga.Tapi nasib baik aku dapat tahan di atas pujuk mak aku."...Mak tak tahan la..nak buka puasa dulu boleh tak?.."Itulah dialog seingat aku.Nasib baik aku tanya dulu.Ni lagi satu kenangan aku termakan cekodok (atau bahasa sunskritnya cucur kodok)masa budak dulu pun ada.Aku masih ingat dengan selamba badak jer aku makan cekodok ketika bermain konda-kondi dengan kawan-kawan.Nasib baik ada kawan ingatkan "..woi..ko tak puasa ker?"..Muntah balik aku cekodok tu.Tapi kenyanglah jugak dapat termakan.Kalau nak diingat masa berpuasa ketika budak dulu memang gelihati.Pernah jugak aku minum air paip sebab tak tahan dahaga.Masa tu memang kering gile tekak aku.Air paip pun air paip lahh.Yelah..budak-budak.Apa lah sangat ilmu pengetahuannya.
Aku rasa semua orang mempunyai pengalaman berpuasa masa kecik kan.Pengalaman yang memang tak ternilai buat diri kita.Pengalaman tu boleh dianggap manis dan pahit pada ketika itu.Tapi bila dikenang balik semua tu sebenarnya pengalaman manis kan.
Saat yang membahagiakan ketika raya pulak masa kecik-kecik dulu..apa lagi DUIT RAYA lah.Hadiah dari mak dan abah sebab janji nak bagi duit jika berpuasa penuh sebulan.Wahhh...masa tu adalah saat paling bahagia sebab boleh dapat banyak duit.Kekadang tu kalau nak difikirkan kenapa perlu ada imbuhan baru nak buat kan.Adakah memang norma naluri seorang manusiakah atau tabiat/budaya seseorangkah ? Kebanyakan dari kitalah kan termasuklah diri aku sendiri akan berkobar-kobar untuk dapatkan sesuatu jika ada ganjaran yang bakal kita perolehi kelak.Setuju tak ?
Berapa banyakkah faktor yang memberi duit raya ni atau bahasa alternatifnya ANG PAU menyumbang kepada amalan rasuah ? Sedikit/Banyak/Tiada kaitan.("Apa ni tiba-tiba jer pasal rasuah"kata benakku)
Bila sebut pasal imbuhan ni kan teringat aku ketika belajar fardhu ain ketika sekolah menengah di mana arwah Ustaz Thani ada mengingatkan bahawa setiap amalan baik pasti mendapat pahala.Kata Ustaz Thani"...cuba bayangkan jika Allah menampakkan pahala amalan kita di mana ia turun dari bukit/gunung dan datang pada kita berpusing-pusing macam bola sudah pasti kita akan melakukan banyak amalan baik kan..tetapi ruang bumi ni jadi sempit lah."lebih kurang begitulah katanya.Aku mula terfikir kenapa Allah tak buka hijab pahala/dosa amalan seseorang hambanya supaya kita boleh ukur sendiri amalan kita.Di situ lah aku yakin bahawa Allah sebenarnya nak menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya percaya pada janjiNya di dalam Al-Quran.Pokoknya di sini kita persoalkan tentang imbuhan tadi.Memang naluri seorang manusia tu sebenarnya memerlukan faedah dan imbuhan untuk melakukan sesuatu kerja.Tak kiralah ganjaran itu daripada Allah ataupun manusia.Sebab itu Islam mengajar kita supaya menjaga 2 hubungan teragung yang sepatutnya dilakukan iaitu pertama menjaga hubungan dengan Allah dan yang terakhir menjaga hubungan sesama manusia.Jika kita menjaga kedua-dua hubungan ini pasti kita akan selamat dunia dan akhirat.Susah aku nak rungkaikan bab menjaga hubungan ni sebab terlalu dalam.Boleh lah tanya yang alim dan layak.Aku tak layak nak terangkan.Bukan apa sebagai peringatan aku jer.
Oklah sampai sini dululah post aku kali ni.Aku tak tau pulak bila nak buat post baru.Tapi best jugak kan kalau kita berbincang pasal imbuhan tadi.Sekian.

Wassalam.



Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan