Internet & Kehidupan

Sharing is caring

DUNIA INI HANYALAH PEMAINAN DAN HIBURAN

Dear all blogger and reader.Kali ini saya nak kongsikan secara ringkas firman Allah mengenai dunia.Semoga dapat mengembalikan kita kepada yang hak dapat menjadikan kita hamba yang sentiasa muhasabah dan tawadhu'.

Surah Al-Hadid (Besi) - ayat 20

dimulakan - Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

"Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan) juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan,kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.(Semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan para penanamnya gembira dengan kesuburannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan engkau melihatnya berwarna kuning, akhirnya ia menjadi hancur.(Ingatlah) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat).(Ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.

Benarlah kata-kata Allah yang maha mulia.


Sama-samalah kita mengabil iktibar dari peringatan Allah itu.Emmmm.....di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini marilah sama-sama kita memperbanyakkan amalan seperti membaca Al-Quran serta fahaminya.Banyak panduan,peringatan dan berbagai-bagai lagi dapat kita fahami tentang hakikat kejadian kita di bumi ini.

Ohhhh..ye ada satu hadis yang telah digambarkan oleh baginda Rasululllah (S.A.W) mengenai "Perumpamaan Bagi Pembaca Al-Quran" seperti di bawah :-

Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran ialah seperti perumpamaan buah utrujah iaitu buah yang berbau harum dan rasanya enak. Manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya akan tetapi rasanya manis. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Quran ialah seperti buah Raihanah iaitu buah yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Quran ialah seperti buah hanzhalah (peria) iaitu buah yang tidak ada bau sama sekali dan ditambah pula oleh rasanya yang pahit.

(Riwayat Muslim)


"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA"

Sampai jumpa lagi. Bye...

Wassalam.



Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".
  1. Kenapa org kaya diagung2 kan skarang yer...org miskin,akan di pandang sebelah mata sajer..ditolong jika ada kepentingan.....

    ReplyDelete
  2. Itulah norma kehidupan yang menuntut bukan pada sesuatu yang hak.Baginda Rasulullah ada berpesan bahawa umat Islam dijamin takkan sesat dan alpa jika berpegang dengan 2 perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah.Akhir zaman ni kita cuba cari dari kita sendiri serta keluarga tersayang kita terhindar api neraka kelak.InsyaAllah. Astaghfirullah...astaghfirullah..astaghfirullah.

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan