Internet & Kehidupan

Ramadhan is coming back

Salam..semua blogger sekalian.

Setelah sekian lama tak mengemaskini blog ni.Alhamdulillah Allah masih memberiku modal untuk terus hidup di dunia ini.
Heemmmm...Ye..Ramadhan...Bersyukurlah kehadrat Allah kerana masih memberi peluang untuk kita bertemu dengan Ramadhan.Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat.Pintu neraka ditutup dan pintu syurga dibuka seluas-luasnya.Amat rugi jika kita tidak mengambil peluang keemasan ini.
Hari ni adalah hari kedua kita berpuasa dan semoga puasa kita tergolong bersama puasa orang-orang yang bertaqwa.
Dibulan Ramadhan ini lah kita boleh mendidik nafsu supaya tawadhuk dan patuh perintah RabbulJalil. Cukup banyak kelebihan berpuasa sebenarnya.Tak kira dari aspek rohani dan jasmani.Kalau nak dikongsikan dari aspek jasmani.. puasa ini dapat membantu merehatkan sistem pencernaan dan membantu membuang toksik di dalam perut kita dan berbagai-bagai lagi.Dari aspek rohani pula memang cukup banyak.Objektifnya adalah mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan ia umpama satu institusi taqwa yang mana mendidik jiwa kita supaya megenali Allah.
Kurniaan yang maha hebat di bulan Ramadhan ini adalah LailatulQadar.Malam yang lebih baik dari seribu bulan.Malam yang dinantikan oleh orang yang bertaqwa.Malam yang wujud di sepulah malam terakhir Ramadhan.
Siapalah kita di muka bumi ini ? Segala yang ada pada diri kita ni hanyalah pinjaman sahaja.Yang akan kita bawa cuma bekalan amalan kita.

Sekian dulu untuk kali ini.Wassalam..

" SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN "


Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan