Internet & Kehidupan

Press F1 - Apa tu ?

Salam dan selamat semua yang sudi kunjungi blog RieTPG yang sedang-sedang aja ni. Dengan moto Satu Perjalanan memang bagi aku "dalam" maksudnya.Kalau nak dihuraikan cukup luas maknanya.Terfikir balik "Luas ke maksudnya?" kata benak hatiku.Emmm..Apa pendapat anda ?
Kalau nak di CERPEN (Cerita Pendek) senanglah dikatakan semalam adalah hari yang menggembirakan aku. Nak tahu sebab apa ? ........... Tet..masa dah tamat (Yusri Raja Lawak). Sebenarnya ikhlaslah aku katakan ("buat gempak jer mamat ni" kata dalam hati korang kot) semalam aku dapat tengok F1 GP di Litar F1 Sepang wa cakap lu. Alah....kalau naik turun kapal terbang di KLIA atau LCCT tu jarak dia dekat lah. Emmm..dekat tu takdelah sampai boleh menapak / jalan kaki.Bepoloh (slang negeri 9) jugak ooooo kalau ada nawaitu nak menapak.
Bertolak dari rumah jam 2.15 petang dari rumah dan pergi menuju ke rumah Pak Uda aku di kuartes KLIA,Sepang.Kami berjanji berkumpul di rumahnya sebelum jam 3.00 petang.

Dalam perjalanan menuju ke sana masyaAllah penuh dengan pelbagai kenderaan awan dan persendirian tak dilupakan jugak pihak polis trafik.Tak sempat pulak nak merakamkan dalam kamera aku.Memang tensi jugak aku masa tu.Bukan apa janji nak sampai ke rumah Pak Uda aku tu dah jadi lewat.Tiba di rumahnya jam 3.35 petang.F1 racing akan bermula jam 5 petang. Sampai jer aku di rumah Pak Uda kami terus bertolak ke F1 Sepang Circuit.

Ini adalah gambar keluarga yang datang ke F1 GP @ Sepang Circuit

Lokasi parkir

Berjalan menuju ke tempat masuk atau dalam bahasa omputehnya entrance


Inilah entrancenya

Sepupu aku Sabri cuba pandu tunggang.Enjoy..jerrr

Apa lagi cari tempat duduk lah.Perghh..memang ramai pengunjung.Aihhh..siapa mamat pakai topi biru tu ?









Pemandangan sebelum permulaan F1

Sebelum perlumbaan memang cuaca agak mendung kecerah-cerahan.Ribuan penonton hadir tak kira bangsa, usia, jantina. Ramai jugak foreigner yang hadir untuk menyokong team negara mereka.Lihat gambar di atas kaki bukit tu..penonton setia menunggu di bawah cahaya mentari walaupun cuaca agak panas mulanya. Sebelum perlumbaan bermula, sesi warmup memang membuatkan aku seronok melihatnya.Kebisingan enjin mak oiii..memang tinggi.Tak tau lah berapa dB.Almaklumlah enjin berkuasa tertinggi di dunia.Kan F1 ni sebenarnya untuk menguji prestasi enjin bagi jenama kereta terkenal dan seterusnya menguji pemandu professional dunia membawa kenderaan yang berkapasiti berkelajuan melebih 350km/jam. Secara amnya kereta F1 ni boleh membuat permulaan ke 100km/jam dalam 1 saat.Bayangkan betapa lajunya enjin F1.

Sebelum mula perlumbaan - "Start your enjine"

Tepat jam 5.00 petang kereta F1 dilepaskan.Maka bermulalah penjelajahan pelumba F1 yang sebenar untuk pusingan ke 2 selepas litar di Australia.Memang seronok ketika bermulanya perlumbaan ini.Masa ni lah nak menunjukkan siapa lebih profesional memandu F1. Permulaan yang cukup menarik ditambah dengan kebisingan enjin 8000CC type V8. Nak lebih menarik lagi ada sebuat kereta dari pasukan mana tah, belum satu pusingan dah terbakar enjin kereta semasa selekoh kiri dari sudut pandangan tempat duduk aku.

Saat-saat mencemaskan

Tepat jam 5.20 petang aku melihat cuaca disekeliling kelihatan cenderung ke arah mendung dan awan menjadi semakin gelap.Adakah nak hujan ? "Wahhh..ni mesti best ni sebab akan ada banyak kemalangan dan terbabas dari landasan litar nih." kata benakku.


Keadaan mendung dan gelap
Tak silap aku tepat jam 5.35 petang hujan renyai-renyai dan 5 minit kemudian hujan bertambah lebat dan ia semakin lebat.Dalam keadaan renyai-renyai pun dah ada yang terbabas. Yelah tayar yang digunakan tak sesuai dengan keadaan litar.Siap satu pusingan selepas hujan lebat tu semua kereta F1 masuk pit untuk menukar tayar jenis track basah. Masa nilah saat mencemaskan dan menggembirakan penonton sebab makin ramailah yang bersorak sebab banyak kerata akan di tarik keluar dan terbabas.Lihat photo-photo di bawah.





























Lebih kurang pukul 6.10 petang perlumbaan terpaksa dihentikan disebabkan hujan yang terlalu lebat.Sepatutnya jumlah lap yang perlu pelumba F1 lalui adalah 56 tetapi disebabkan hujan lebat maka cuma 33 lap sahaja yang sempat dilakukan. Cuba lihat photo kereta Patrol Mercedes yang ada lampu kuning tu. Ia menunjukkan perlumbaan di hentikan dan pelumba perlu berhenti setelah satu pusingan di belakang kereta tu.Memang hampeh jugak lah sebab tak dapat tengok sampai full lap. Macammanapun ini memang satu pengalaman barulah sebab dapat jugak nengok F1 GP secara lansung. Bukan depan TV tapi betul2 pergi tengok sendiri.InsyaAlah kalau ada rezeki dan panjang umur boleh nengok di lain tahun.

Oklah setakat ni dulu untuk post ni.InsyaAllah kalau ada story baru nanti boleh kongsi kat sini.

-SEKIAN-

Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan