Internet & Kehidupan

Oh..wanita.

Apa khabar wahai pembaca blog saya yang budiman.Terima kasih sebab sudi jengok blog saya yang tak seberapa ni.Di sini saya nak kongsi sedikit info berkenaan wanita.Hah..wanita. dibenak saudari/puan/ibu/makcik pasti nak tau apa dia kan.Saya ni tak pandai sangat dalam bab agama. Tapi tak salah kan kalau nak berkongsi sedikit ilmu yang dipinjamkan ini kan.Bagi saudara/encik/tuan/pakcik bolehlah dikongsikan maklumat ni kepada isteri,teman,rakan dikalangan wanita.
Info ni saya dapat dari blog CINA ISLAM yang diperolehi dari e-mail :Zamri kecik's. Cuba baca dan faham semoga kita perolehi taufik & hidayan dari Nya.

ENAM PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidup kan bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudah-mudahan dengan maklumat ini dapatlah sama-sama kita bermuhasabah diri dan dapat sampaikan kepada saudari Islam yang lain.Kepada wanita-wanita khususnya masih adakah golongan yang faham betapa banyaknya nikmat dan kelebihan sebagai wanita yang Allah janjikan dengan cabaran umat pada akhir zaman ini. Tepuk dada tanya iman.
Kalau nak lebih kasar lagi bak kata Nabil Raja Lawak " Lu Pikirlah Sendiri ".

Sekadar berkongsi.Terima kasih.

-SEKIAN-


Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".
  1. Thanks...katak_ayu sungguh tersentuh dgn info number 6.....haiih....

    ReplyDelete
  2. baru baca... baru tahu.... tapi masih belum pasti dapat melakukannya...hmm

    insyaAllah

    terima kasih

    salam

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan