Internet & Kehidupan

Pemimpin Agung yang sentiasa bersyukur dan bertawaddu'.

Tanya sama itu Hudhud,
Nang mesinang kui mesingkui,
Kerana dia yang terbangkan aku ke mari.

Tak silap aku di atas adalah serangkap lirik lagu M.Nasir.Tertanya-tanya apa itu "Hudhud" ?? Memang menjadi tanda tanya burung apakah itu. Kalau nak ikut sebutan macam "HUD-HUD'. Tapi kalau bersambung seperti bunyi "HU-DHUD". Adakah ada maksud tersembunyi mengenai hukum ataupun nama yang cukup istimewa.

Dalam al-quran ada menyebut kisah perjalanan Nabi Sulaiman a.s dari Surah Al-Naml (semut). Perhatikan maksud dari ayat (15-21) mengisahkan betapa agung dan hebatnya kerajaan Nabi Sulaiman yang diwarisi dari Nabi Dawud. Cuba fahami maksudnya........

(15) ----> "Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada (Nabi) Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata, "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaan-Nya memberikan kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman."

(16) ----> "Dan Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Dawud.(Setelah itu) Sulaiman berkata, "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit daripada tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan). Sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurniaan (daripada Allah) yang nyata."

(17) ----> Dan dihimpunkan bagi Sulaiman bala tenteranya, daripada jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

(18) ----> (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke lembah semut, seekor semut berkata, "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan sampai Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedangkan mereka tidak menyedari.

(19) ----> Maka tersenyumlah Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata, " Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan ni'mat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai. Masukkanlah daku dengan limpah rahmat-Mu ke dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang salih."

(20) ----> Dan (setelah itu ) Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata, " Mengapa aku tidak melihat burung hudhud (belatuk?) Adakah ia daripada mereka yang tidak hadir?".

(21) ----> Sesungguhnya aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepada aku alasan yang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)."


Nabi Sulaiman adalah seorang Nabi dan pemimpin yang mempunyai kerajaan yang luas sehingga semua manusia, jin, haiwan adalah di bawah pemerintahannya. Baginda sepatutnya dijadikan contoh baik sebagai pemimpin yang berjiwa luhur dan adil dalam semua struktur pemerintahannya. Walaupun mempunyai kuasa yang luas, baginda sentiasa bersyukur dan tawaddu' serta tidak sombong diri.

Emmmmm....mengenai burung Hudhud tu rupanya adalah burung belatuk. Tercatit juga burung belatuk dalam al-quran. Rupa-rupanya mengapa burung belatuk ni tidak hadir adalah kerana menyiasat dan melaporkan kepada Nabi Sulaiman bahawa ada kerajaan dari negeri Saba' di bawah pemerintahan Raja wanita yang tidak menyembah Allah. Seperti termaktub di ayat 24 bermaksud...

(24) ----> "Aku dapati raja wanita itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadah menyembah Allah, dan syaitan pula memperelok-elokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka daripada jalan (yang benar).Oleh itu, mereka tidak beroleh petunjuk,"

Itulah adalah sebahagian laporan burung Hudhud kepada baginda Nabi Sulaiman.

Hebatkan kerajaan Nabi Sulaiman.
Ada sambungan kisahnya dalam surah Al-Naml. Cuba baca dan fahami maksud dalam al-quran ini.

Di akhir zaman ini masih adakah lagi pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam kepemimpinannya ?

Sekadar berkongsi............SEKIAN.



Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan