Internet & Kehidupan

Release lah sikit

Cuti-cuti @ Perak

Wahh...pada tanggal 27hb Dec 2008 bersamaan hari Sabtu yg lalu saya dan isteri serta keluarga kakak ipar pergi bercuti di Pulau Pangkor . Mak oiii...ramai betul orang yang nak bercuti time tu. Al-maklumlah memang clash dengan cuti krismas ditambah Sabtu,Ahad plus hari Maal Hijrah plus tahun baru kannn...Memang cam tu lah.Memang keadaan kat sana meriah bangat (slang indonesia sikit) dengan berduyun-duyun org kat sana. Alhamdulillah takde apa2 masalah dalam perjalanan pergi dan balik. Bertolak jam 11.00am.Takkan nak terus drive tanpa henti kot..perut pun dah berdangdut apa lagi isi kan perut dulu lah.


Rehat & Rawat Teluk Intan

Kami pun teruskan perjalanan dan tiba
di Jeti Lumut jam lebih kurang pukul 2.30pm.

Lumut Waterfront

Sampai jer kat sana dilihat perghhh...ramai nya manusia-manusia dan kereta2. Gambar di atas di ambil dari tempat meletak kereta bertingkat. Ini lah dia tiket meletak kereta tu ------>

Tiket parking jer....

Apa lagi takkan nak main boling kot kat Lumut tu dah semestinya lah ke jeti nak ke Pulau Pangkor untuk membeli tiket naik bot.Harga tiket cuma RM10 untuk dewasa emmm..untuk kanak-kanak tak ingatlah pulak. Tapi tiket tu untuk pergi dan balik.OK ler tuh...

Tiket bot lah nih....

Kat jeti tak hingat punyalah ramai manusia yg lagak seperti bergegas nak ke Pulau Pangkor.Memang ramai penuh sesak jugaklah.Ada yang happy menunggu,ada yang cam boring, ada yg sosek2 dan mcm2 lagi lah.


Ramaikan ?
Aku dengan tenang menanti bot yg agak lama jugaklah nak sampai ke jeti Lumut ni.At last..dengan berkat kesabaran sampai jugak aku ke destinasi sebenar Pulau Pangkor.Perjalanan naik bot untuk ke jeti utama (aku dah lupa namanya) mengambil masa selama 30 minit.Tempat bermalam kami adalah di Pantai Bogak. Kat situ kalau tengok kat satellite Google nampaklah.Yang ada kolam kat tepi pantai tu lah tempat kami bermalam.Alaa...yg rupa cam bentuk "8" tu. Cuba click ni kalau nak clear ---> Pantai Bogak


Ni lah kolamnye Walkway


Permandangan pantai Batu jer

Bagi aku boleh lah kalau nak release kan stress kat sini. Dapat jugak kita muhasabah diri dan melihat kecantikan ciptaan Allah ni.Tetapi...........(akan bersambung ceritanya di @ Frienster )

____________________________________________________________________

Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".
  1. hmm..soalan cepu emas.. ape istimewanya Pangkor daripada pusat peranginan yang lain? (curious ni..sebenarnye rasenye blm pernah pi pangkor lagi)...

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan