Internet & Kehidupan

Pesanan Mimbar Jumaat

Salam semua muslim dan muslimat dan ucap selamat pada non-muslim sekalian..........

Mimbar hari seperti biasa akan mengingatkan semua jemaah supaya memperbanyakkan selawat ke-atas junjungan besar Nabi kita Muhammad (S.A.W) serta berpesan dan mengajak kita sentiasa bertaqwa yakni takut pada Allah S.W.T dan menuruti segala titah perintahNya serta meninggal segala laranganNya.

Khutbah dimula dengan membaca Surah Al-A'laq ayat 1~5 yang bermaksud :-


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan(sekalian makhluk).Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah Tuhanmu Yang Maha Pemurah.Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Tajuk khutbah kali ini adalah Kepimpinan dalam Islam. Ini bersangkutan sempena hari keputeraan Sultan Selangor yang ke-63 tahun dan khatib berpesan supaya semua rakyat berdoa semoga dipanjangkan usia baginda serta selamat sejahtera dalam memimpin rakyatnya.

Rakyat hendaklah sentiasa menghormati pemimpin yang dilantik seperti mana yang telah diajar dalam agama Islam.Ketaatan rakyat sangat penting terhadap pemimpin.Jika tiada ketaatan ini maka hancurlah sesebuah negara itu.

Pemimpin dan rakyat adalah saling memerlukan antara satu sama lain.Pemimpin adalah khalifah di mana jika baik seseorang pemimpin itu maka baiklah rakyat itu dan begitu juga sebaliknya.

Khatib membaca dari surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud :-

" Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh di kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi,sebagaimana Dia telah menjadikan orang sebelum khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan serta mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan.Mereka terus beribadah kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku.Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu,maka mereka itulah orang yang derhaka "

Khatib juga memberitahu tugas sebagai pemimpin dan rakyat adalah satu amanah seperti termaktub dalam Surah Al-Nisa' ayat ke-59 yang bermaksud :-

" Wahai orang yang beriman,taatilah Allah dan taatilah Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Qur'an) dan (sunnah) RasulNya - jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih baik pula akibatnya."

Sebelum mengakhiri khutbah pertama khatib berpesan hendaklah kita menghormati dan taat kepada pemimpin sejauh mana pemimpin itu tidak melakukan maksiat.

-SEKIAN-

__________________________________________________________________

Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan