Internet & Kehidupan

Rindu

Rindu itu adalah,
Anugerah dari Allah,
Insan yang berhati nurani,
Punyai rasa rindu,

Orang mukmin merindukan,
Anak2 yang soleh,
Isteri-isteri yang solehah,
Keluarga bahagia,
Merindukan tertegaknya,
Kalimah Allah di muka bumi,
Dan dalam merindukan keredhaan tuhannya.

(beberapa petikan lirik nasyid kumpulan Hijjaz)


Rindu ... emmmm...pasti pada insan yang normal punya perasaan ini.Siapa yang tidak mempunyai perasaan ini maknanya dia tidak memiliki hati. Bagi orang yang bercinta..rindu itu amat menyakitkan. Kekadang kalau kita bersendirian pasti kita akan teringat seseorang yang kita sayang.Emmm..mungkin keluarga kita, teman, sahabat atau kekasih lama.

Perasaan ini sebenarnya adalah anugerah dari Allah sebab memang fitrah manusia yang suka memberi dan menerima kasih dan sayang. Tetapi kasih sayang dan rindu yang hakiki hanyalah dari Allah S.W.T.Allah memerintahkan hamba-hambanya supaya hidup berkasih sayang tetapi Allah juga menyatakan kita juga mudah kufur dan ingkar dengan perintahNya.

Di sebabkan kelemahan kita tidak mendalami sikap sayang menyayang sesama manusia menyebabkan kita tidak rindukan balasan syurga yang menanti.Di kala ini...banyak kes-kes kezaliman sesama manusia berlaku seperti pembunuhan, merampas hak orang seperti harta anak yatim, merompak, menculik, menipu , rasuah dan banyak kekejaman yang boleh di samakan dengan rejim zionis. Kehidupan dunia sepatutnya dinikmati bersama telah di robek dengan kejam tanpa mengira siapakah mangsanya.Kita lihatlah di dada akhar, berita, majalah dan banyak lagi media yang menceritakan tentang kekejaman manusia itu sendiri.Pelbagai punca yang dapat disimpulkan di sini di mana ia adalah kerana kita tidak RINDU kan kehebatan hidup di alam yang bakha iaitu Akhirat di tempat bernama SYURGA.

"Sama-samalah kita FIKIR"

Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan