Internet & Kehidupan

Pantai Remis...

PANTAI REMIS


Semalam 16 Nov 08 (Ahad) aku pergi ke kenduri rakan isteriku ( Ustazah Murni & Razzat Petra ) di Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang bersama satu kereta dengan Cikgu Zaini dan suaminya Cikgu Tajuddin bertolak dari sini jam 11.10am dan sampai di majlis tu jam 12.35pm.Biasa lah kawasan di situ penduduk majoritinya melayu jawa jadi makanan pun ala jawa lah.Tapi aku memang dah biasa sebab tempat aku tinggal pun kebanyakan jawa.

Lepas makan lebih kurang jam 1.40pm kami bertolak ke Pantai Remis dan sampai jam 2.10pm.Ini adalah kali pertama aku sampai di Pantai Remis.Sampai kat situ apa lagi kami ronda-ronda dulu di sepanjang pantai.

Dalam rondaan tu dapatlah kami melihat beberapa orang sedang mencari kerang dan mentarang.Orang kata sedap kalau makan kerang kat sini.Jadi kami pun singgahlah makan di SELERA CORNER.Memang terletak di simpang pun.



Nak kata sedap kerang bakar + sos (air asam tu...pehhh..meleleh) memang sedaplah. Kat sini terdapat ramai peniaga yang menjual mainan,kraftangan,minuman,kedai makan dan agak banyak yang menjual kerang.Datanglah beli kerang kat sini.

Pantai Remis ni memang dalam keadaan "under development"..yelah aku tengok orang ramai jugak yang datang.Makin petang makin ramai yang datang...emmmm...mungkin cuti sekolah kot.Tapi yang agak mengecewakan bagi budak-budak yang ada mungkin tak boleh mandi kot.Yelah air laut belum pasang...yang ada selut.Kalau anda lalu di jalan Klang~Kuala Selangor singgah lah sebentar di Pantai Remis,Jeram,Kuala Selangor.Cuti-cuti Malaysia........



Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan