Internet & Kehidupan

Horeiiii....cuti sekolah...best woooo...


Best betul budak-budak sekolah ni bila dapat cuti panjang (photo muka depan akhbar berita harian).Aku dapat rasa kegembiraannya.Yelah...pernah merasa pengalaman seperti itu pada masa dahulu.Bagaimana dengan anda?

Bagaimana pula dengan perasaan mak ayah? Memeningkan atau menggembirakan sebab dapat tolong buat kerja rumah atau mensengkekkan sebab anak-anak dah minta janji yang lepas kata nak bawak jalan-jalan makan angin cuti sekolah nanti. Yang pasti di sini pengalaman semasa zaman kanak-kanak memang menyeronokkan...yelah..tak payah fikir masalah nak bayar itu bayar ini,masalah tempat kerja,masalah keluarga, aihhhh...pokok pangkal macam-macam lagi lah.

Di kotak pemikiran mereka " aku dengan dunia ku...main-main,main-main dan main-main ".Kalau nak imbau balik kenangan masa sekolah rendah dulu seperti nak balik kembali ke zaman tu (...kan best ada kereta kembali ke zaman lepas macam filem BACK TO THE FUTURE tu).Alaaahhhh...mengarutlah filem barat ni.Mana boleh kembali ke zaman lepas secara fizikal( dalam mimpi bolehlah...) kecuali Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk Mi'raj.

Perlu diingatkan MASA ITU EMAS,ia takkan kembali lagi.Habis jer aku menaip untuk huruf terakhir dalam blog kisah ni..ia dah menjadi sejarah.Macammanapun LIFE MUST GO ON.Kita buatlah yang terbaik untuk hidup kita.Sama-samalah kita FIKIR.


Surah Al-Asr :-
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.Dan berpesan dengan kebenaran.Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar".
  1. sedang cuti memang seronok...tak terikat dengan jadual dah... isi lah ngan perkara baik... control subconscious mind, inshaAllaah...

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan