Internet & Kehidupan

Adun DAP baca ayat al-Quran ulas bajet

Dari HarakahDaily :-

IPOH, 13 Nov (Hrkh) - Wakil Canning dari DAP yang juga merupakan Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak telah dua kali menyelitkan ayat al-Quran semasa membahaskan Bajet 2009 Negeri Perak sebentar tadi. Wong Kar Woh mendapat perhatian daripada semua yang hadir bila beliau menyebut ayat ke-12 dari Surah Al-Hujurat.

Beliau menekan bahawa kita semua adalah adik beradik berdasarkan dari ayat tersebut.Sekali lagi sebelum beliau menghabiskan ucapannya beliau membaca kalimah "Takmuru nabil maaruf watan hau anil mungkar" dari surah Ali Imran ayat 110. - mns_

http://www.harakahdaily.net/

Bila fikir-fikir balik macammana seorang bangsa China boleh menyebut firman Allah sedemikian ye..kalau aku sendiri pun tak tau (...itu aku lah..).Nak kata dia baca Al-Quran kemungkinan besar ada lah tu.Cuba lihat dari sudut positif betapa Allah nak mengingat kan kita supaya sentiasa ingat kat Dia. Banyakkan membaca Al-Quran dan fahamkan maksudnya.Takkan bangsa yang berlainan agama (..memang confirm) boleh tau firman Allah segala.Eh..eh..eh..eh...(tempelak Haji Bakhil) malu betul. Nampak tak teman2 sekalian yang Allah masih sayangkan kita. Suruh kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Dan lagi satu yang paling penting siap bangsa ni baca pulak kalimah Allah yang bermaksud "mengajak melakukan perkara yang maaruf dan mencegah perkara yang mungkar". Lagi malu rasa..(itu aku lah...). Dah lah masalah "PENGKID" boleh pulak fatwa ditentang ini kan pulah masalah over sosial yang lain seperti eemmmm....BOH***,***JAN,DADA*,ZIN*,ARA*,JU** dan yang paling bahaya MURTAD.
Nampak tak bangsa bukan Islam dah mula lihat kebenaran Islam tu sendiri. Kita ni cuma tengok jer tapi tak lihat betapa Islam agama yang syumul.

Bak kata Nabil " Lu Fikirlah Sendiri "......

Surah Al-Asr

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan jalan yang sabar."



  1. teringat plak kat wartawan TV3 yang india tu... mmm...lupa plak nama... karam sing walia ke? ari tu dia ada datang USM cerita pasal alam sekitar.. dia pun ada baca terjemahan al-Qur'an...dia kata dia baca Qur'an dan setuju dengan Qur'an tapi dia tak peluk Islam...

    salaam

    ReplyDelete
  2. Taufik tanpa hidayah tu..InsyaAllah jika hidayah sampai tiada siapa dapat menghalang.

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan