Internet & Kehidupan

Manusia itu lemah

Telah termaktub di dalam kitab Allah bahawa kita di jadikan di muka bumi hanyalah semata-mata beribadah kepada-Nya.Kita hanya hamba yang dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini.Allah tidak menilai hambaNya melalui pangkat,harta,takhta dan pingat tetapi Allah hanya melihat TAQWA dari hamba-hambaNya.Kita harus menilai sejauh mana ketaqwaan kita kepada-Nya.
Ingatlah di dunia ini hanyalah tempat persinggahan sahaja sementara kita menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.Dalam menempuh cubaan dan rintangan yang bermatlamatkan akhirat berpraktikal cara Islam,kita senantiasa dihasut oleh nafsu dan pujukan syaitan-syaitan.Mereka telah bersumpah dengan Allah bahawa akan mengheret hamba-hambaNya yang bertaqwa menuju neraka sehingga hari khiamat kelak.
SOALANNYA DI SINI BERSEDIAKAH KITA?

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Instagram

© Internet & Kehidupan