Internet & Kehidupan

Tayar oh tayar ... Kenapalah kau botak tak kena masa?

Pada 19hb May 08 jam 6.00pm entah bagaimana aku boleh rasa nak tukar rim dan tayar baru pulak.Mungkin dah tertulis yang aku kena keluarkan belanja pada kedai tayar di Bukit Changgang (agak famous lah jugak) tulah agaknye.
Al-kisahnya bermula bila lihat tayar sebelah kiri di bhg depan macam "punch it".Emm..apa lagi aku pergilah kedai minyak utk pam angin tapi pam semua tayar lah balik.Lepas tu aku check tayar di kedai tayar nak pastikan betulke tayar aku tu "punch it". Memang confirm tayar tak "punch it".Alhamdulillah....
Tetapi nak jadi cerita masa check tayar kereta aku (di pekan Banting) pekedai tu kata "lu punya tayar aaa...sudah bengkak ooo...sulah makan sebelah".Aku check sendiri alamak memang dah nampak dawai sikit ditambah pulak rimnya bengkok.Aku pakai rim standard 16" jer.Aku apa lagi gatai nk tanya berapa harga kalau nk tukar rim 15".Jawapanya sgt mahal...Aku fikiaq punnya fikiaq.Takpe lah aku nak survey harga di Bkt Changgang..
Sampai di Bkt Changgang tu aku tanya lah harga rim 15" siap tayar dan tanya juagklah yg 2nd hand punya..Takpelah demi keselamatan diri dan keluarga aku pun tukarlah walaupun budget bulan ni secukup rasa je...Nak tau berapa total yg kena semua.... RM1340 lepas tolak harga rim dan tayar aku jadi total bersih RM980.Tapi yg menyebabkan aku giant yg mesti tukar jugak sebab rim 15" "baik punya..." (bak kata Dafi AF tu).Memang cantik...(bg aku laa..) Apa lagi.. cun punya pasai tukaqlah.
Lepas tukar kena balancing dan alignment tayar.Kereta aku kantoi sebab nut chamber aku dah bengkok dan lower arm belakang aku dah longgar.Kalau tak tukar nanti effect tayar makan sebelah atau alignment out.Jadi sebab budget aku pun cuma tukar chamber nut bhg depan dan alignment chamber 1 tayar depan (kanan) dan 2 tayar belakang.Itu dah jadi kos lain tu...Aku kena tambah lagi RM65.Jadi total keseluruhan aku dah bayar RM1045..
Dah siap tu aku test pehhhh...memang best bila drive.Takpelah walaupun budjet dah jagi secukup rase jer.. tapi aku puas.......

Instagram

© Internet & Kehidupan