17 September 2018

Nak Jimat Duit Poket Belajar Ilmu Pemasaran Digital ?



"Anda peniaga online yang baru ? Nak tahu peluang menarik untuk anda menjimatkan duit poket mempelajari ilmu pemasaran digital ?"


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda kerana sudi singgah ke blog saya ini. Ramai peniaga online yang baru mempunyai masalah untuk menghadiri kursus, seminar atau personal coaching dari pakar-pakar kerana beberapa sebab.

Mungkin anda pernah menghadiri kursus berbayar sehingga beribu-ribu ringgit namun hasilnya cukup merugikan. Pelbagai kursus ONLINE & OFFLINE anda sertai tetapi masih tidak faham bagaimana cara melakukan bisnes online yang betul dan tepat.

Apabila sentuh bab seminar pulak, lihat sahaja di newsfeed facebook anda, pelbagai seminar pemasaran digital ditawarkan. Anda berkira-kira adakah anda  ingin sertai seminar tertentu atau tidak disebabkan terlalu skeptikal dengan tawaran seminar sebelum-sebelum ini.

Ada satu lagi satu tawaran yang biasa otai-otai sediakan adalah tawaran Personal Coaching. Memang tidak dinafikan personal coaching lebih memberi kesan kerana lebih 'high touch' kepada pelajar coaching. Mungkin yang menjadi masalah kepada peniaga baru ialah caj bayaran yang dikenakan terlalu tinggi untuk mereka baru menceburi bisnes internet.

Ada juga yang tertipu kepada personal coaching yang diberikan. Tertipu kerana ilmu yang diajar hanyalah ilmu biasa-biasa bagi anda, mereka tidak benar-benar membantu untuk memajukan ilmu pemasaran digital anda dan sebagainya.

Anda ingin mencari solusi bagi masalah di atas ?

BANTUMULA - Platform Segala Ilmu Pemasaran Digital

Bantumula merupakan satu platform pembelajaran secara online. Dimana dalam platform ni, anda akan mempelajari himpunkan ilmu-ilmu asas pemasaran digital yang mana berdasarkan pengalaman admin BantuMula dan beberapa rakan team lain yang terlibat dalam industri ini.

Secara ringkasnya matlamat BantuMula adalah untuk cuba 'selamatkan' wang ringgit anda dari terpergi atau terbeli mana-mana program advance yang berkaitan pemasaran tetapi last-last bila anda pergi rupanya tak boleh nak apply pun pada produk atau bisnes sendiri.

Kenyataannya....saya sendiri pun pernah berpengalaman macam tu.

Pantang tengok atau dengar org guna itu ini boleh dapat sales juta-juta, parcel berlonggok-longgok, terus je nak sign in kan?

So, dalam platform ni, anda bakal belajar banyak perkara asas tentang setiap satu channel atau platform marketing, dan bukan sekadar dengar teori. BantuMula akan mengajar anda buat STEP BY STEP setiap satu channel atau platform ni.

Sebagai contoh, kalau dekat shopee... BantuMula anda mengajar anda dari basic sehingga sampai anda boleh menjual. So, tugas anda, anda follow je, buat dulu,ambil masa beberapa minggu, tengok adakah berkesan atau sesuai dengan produk anda, lepas tu, terpulanglah anda pergi ke mana-mana program advance yang ada diluar sana untuk upgrade anda punya ilmu dan bisnes.

Ilmu Apa Yang BantuMula Akan Ajar

Ketika saya menulis post ini, pakej ilmu pemasaran digital yang telah dimasukkan adalah seperti berikut...

  • Manipulasi Insta Shopping
  • Dropship China to Shopee
  • Asas Pemasaran Facebook Profile
  • Pemasaran di Instagram
  • Cara Beli Direct China Online
  • Kuasa Pemasaran Email

Modul lain  akan ditambah dari semasa ke semasa, antaranya dalam perancangan adalah  seperti...

  • Facebook Ads
  • Instagram
  • Instagram Ads
  • Google Adwords
  • Basic SEO
  • Bloging
  • Ecoomerce
  • Lelong
  • Mudah.my
  • Lazada
  • Ebay
  • Personal Branding
  • Copywriting
  • Close Sales
  • Dropship


Bagaimana BantuMula Mengajar ?

Ini yang menarik dalam BantuMula sebenarnya. Anda bukan diajar seperti kelas fizikal yang lain, semuanya anda boleh tonton terus secara online bila akaun keahlian anda diaktifkan.

Jadi, tak kisah lah jika anda berada jauh sekali pun di luar negara, anda masih boleh akses semuanya secara online.

Anda berkain pelekat dan berbaju pagoda pun boleh belajar di BantuMula.

Berapa Bayaran Untuk Menyertai BantuMula ?

Bayar sekali seumur hidup sebanyak RM70 sahaja.
Buat masa ini ketika saya menulis post ini, harga yang dikenakan hanya RM70. Tak pasti berapa harga terkini yang BantuMula kenakan.

Jika anda nak tahu caj TERKINI BantuMula, sila KLIK SINI !

Ya ...itulah mahar yang anda perlu laburkan.

Berapa pun caj yang dikenakan, ia pasti BERBALOI untuk anda sebab saya sendiri TAK PERNAH temui platform seperti BantuMula ini di Malaysia.


Kesimpulan

Sebenarnya saya cukup teruja untuk berkongsi peluang ini kepada anda yang baru menceburi bisnes internet. Sasaran anda pasti nak buat jualan bukan ! Jika anda tak nak rugi BESAR sebelum anda melabur apa jua kursus fizikal, seminar dan personal coaching, anda pelajari dulu ilmu yang disediakan di BantuMula ini.

Setakat ini seramai 610 studen yang telah menyertai BantuMula ini. Ia masih TERBUKA untuk anda sertai dan pelajari ilmu di sana. Percayalah....pelaburan ini TIDAK AKAN merugikan anda dan anda masih belum terlambat.

Jika berminat anda boleh daftar - DI SINI !


Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *