20 September 2018

3 Kelebihan Sistem Ilmu Dari BANTUMULA Untuk Peniaga Online Baru



" Anda takut RUGI nak mulakan Bisnes Internet sebab kurang MODAL untuk menyertai mana-mana kursus, seminar atau personal coaching dari para OTAI ? "


Assalamualaikum para pembaca yang budiman. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ini. Rata-rata peniaga online yang baru menghadapi masalah kurang ilmu pengetahuan tentang selok belok bisnes internet. Jika anda salah seorang daripadanya, sila baca blog post saya ini sehingga habis yer !

Mengikut kajian rambang yang dilakukan terdapat kira-kira 80% - 85% perniaga online akan gagal atau terkandas kerana kurangnya penguasaan ilmu berniaga di internet. Bukan mudah untuk berniaga online. Tambahan zaman sekarang ni, sumber rujukan ilmu berniaga terlalu banyak dan tidak dinafikan kesalahan dalam berniaga pun semakin salah terutamanya peniaga online yang baru bermula.

Beberapa kemungkinan ataupun punca kurangnya ilmu adalah kerana kurang modal untuk mempelajari ilmu. Ilmu yang saya maksudkan di sini adalah ilmu pemasaran digital ataupun ilmu perniagaan internet. Ada beberapa faktor lain yang menjadi punca masalah kegagalan peniaga online baru di Malaysia. Saya akan kupaskan pada post yang lain. InsyaAllah.

Pentingnya Menguasai Ilmu Pemasaran

Menguasai ilmu pemasaran adalah kunci utama dalam apa jua perniagaan. Ia umpama enjin dalam perniagaan. Jika pelanggan tidak kenal bisnes anda, maka sukar untuk mengekalkan jualan produk atupun perkhidmatan anda.

Mungkin anda baru pertama kali ingin menceburi bidang bisnes online tetapi anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan ini. Sebab tu penekanan tentang ilmu sangat penting dan tak salah rasanya kalau saya syorkan kepada anda satu platform sistem ilmu dari BANTUMULA seperti mana post yang saya kongsikan sebelum ini di sini ! 

3 Kelebihan BANTUMULA Untuk Peniaga Online Baru

Jika anda peniaga online yang baru bermula saya sangat syorkan anda daftar ke platform BANTUMULA terlebih dahulu. Terdapat banyak ilmu yang memberi fokus tentang bisnes digital dan fizikal untuk anda pelajari secara video. Bukan itu sahaja secara teknikalnya, BANTUMULA juga mengajar anda teknik pemasaran digital yang sesuai untuk bisnes anda.

Sebelum anda daftar, saya ingin berkongsi 3 kelebihan yang ada pada BANTUMULA.

1) PRODUK : Pelbagai Cara Mendapatkan Produk Fizikal Dari China

Anda akan diajar cara mendapatkan produk fizikal dari China. Seperti mana anda pun mungkin sedia maklum, keuntungan berganda jika para peniaga tahu cara bagaimana membeli produk dari negara China kemudian anda jual di Malaysia.

Anda juga akan diajar bagaimana cara membuat bisnes dropship dari supplier produk dari negara China TANPA menyimpan produk di bawah katil ataupun almari anda dan pelbagai lagi cara ataupun kaedah membeli produk murah serta memberi keuntungan berbaloi-baloi.

Pendek kata, platform BANTUMULA akan mengajar anda cara bagaimana mendapatkan produk untuk dijual dengan menggunakan modal yang ada di tangan anda. Inilah langkah pertama perniagaan iaitu menyediakan produk untuk memulakan perniagaan dan ini diajar di BANTUMULA.

2) PLATFORM : Pelbagai Platform Pemasaran Sebagai Pilihan Akan Diajar

Ini yang menarik tentang BANTUMULA. Majoriti platform pemasaran akan diajar. Sebagai contoh anda suka guna Facebook. BANTUMULA akan mengajar anda bagaimana cara menggunakan Facebook dengan cara yang betul untuk bisnes anda.

Bukan sahaja platform Facebook seperti FB Ads, malah Blogging, Instagram Ads, Mudah.my, Ebay, Google Adwords dan macam-macama lagi.

Teruja ! 

Boleh saya katakan BANTUMULA merupakan 'OSC - On Stop Center' untuk peniaga online baru terutamanya mempelajari ilmu perniagaan internet melalui kaedah yang dipraktikkan ramai otai-otai di Malaysia.

Pendek kata, jika anda telah memilih platform yang anda suka dan berminat dijadikan sebagai tempat promosi, sekarang BANTUMULA akan mendedahkan rahsia bagaimana menjadikan platform yang anda pilih menjadi lebih efektik untuk bisnes anda kelak.

3) PROMOSI : Pelbagai Ilmu Pemasaran Digital Anda Akan Pelajari

Pemasaran sangat penting untuk dipelajari seperti mana saya katakan di perenggan ke empat di atas tadi... ilmu pemasaran umpama enjin dalam perniagaan. Jadi di BANTUMULA, benar-benar membuat pendedahan ilmu pemasaran digital menggunakan kaedah yang betul.

Selepas anda mempelajari ilmu di BANTUMULA anda tidak lagi membuat ayat promosi seperti apa orang cakap...'hentam kromo' jer. Anda akan diajar langkah demi langkah teknik pemasaran internet untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda dengan cara yang efektif. 

BANTUMULA akan mengajar pelbagai topik promosi seperti Personal Branding, Copywriting, Basic SEO, Close Sale dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini akan menjadikan teknik promosi anda menjadi lebih tajam seperti pisau. Ia tepat dan tajam pada sasaran pelanggan yang bagaimana anda mahukan.

Saya telah terangkan apakah tawaran di BANTUMULA pada artikel blog saya yang lepas - DI SINI !


Belajar Dari Pengalaman

Inilah keunikan yang ada di BANTUMULA. Pengasas sistem ilmu ini sendiri iaitu Tuan Ismail Arsad mempunyai objektif yang sangat jelas. Antara objektif beliau adalah dapat membantu ramai peniaga online baru dari rugi besar melaburkan banyak duit untuk mempelajari ilmu perniagaan internet.

Pelajari dan fahami ilmu pemasaran digital yang asas terlebih dahulu sebelum anda pergi kepada yang lebih advance. Kewujudan BANTUMULA ini pun berdasarkan pengalaman pengasas dan team beliau yang telah bertahun-tahun dalam industri bisnes internet ini. Boleh dikatakan setiap pengalaman mereka akan dimasukkan dalam bentuk video tutorial di platform BANTUMULA.

Bukan sikit sales yang mereka telah perolehi sebelum wujudnya sistem ilmu di BANTUMULA. Sebab itulah ia dinamakan BantuMula, membantu anda memulakan bisnes internet.

Memperolehi pendapatan tambahan secara online adalah objektif bisnes internet. Pastinya anda mengimpikan bisnes yang lebih banyak masa bersama keluarga bukan. Anda boleh melakukan bisnes walaupun anda hanya duduk di rumah. 

Itulah impian sesiapa pun yang bermula dari bekerja makan gaji dan membuat keputusan untuk memulakan perniagaan internet. Begitu juga diri saya. InsyaAllah.

Semoga anda juga turut berjaya dalam bisnes online anda.

Sekian dulu perkongsian saya tentang 3 kelebihan sistem ilmu dari BANTUMULA untuk peniaga baru khasnya. Saya berharap platform ini turut membantu anda memulakan bisnes online dengan cara dan kaedah yang betul.

Jika anda berminat mendapatkan infor lanjut tentang BANTUMULA, sila layari www.BantuMula.com sekarang !

Semoga berjumpa anda pada post yang lain. Sekian. Wasalam.




Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *