15 November 2017

Ribath Darussalam Media - Peranan Ulama' Pada Mata Masyarakat (Video)



Assalamualaikum kepada pembaca blog ini. Terima kasih sebab sudi singgah.

Saya sebenarnya tertarik pada salah satu video kuliah Maghrib yang bertajuk "Peranan Ulama' Pada Mata Masyarakat" dari Fanpage RibathDarussalam yang disampaikan oleh Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari ini (video boleh ditonton pada hujung post ini)

Kuliah Magrib ini telah diadakan di Masjid Jamiul Ehsani, Kampung Sijangkang sempena Pra Haul KH. Ali Qaribun, iaitu seorang ulama besar nusantara melayu yang terkenal dan tertulis dalam sejarah Islam bangsa melayu dan beliau berasal dari Kampung Sijangkang.

Ramai yang tidak tahu sejarah kehebatan kampung Sijangkang yang dipelihara oleh Allah Subhanawata'ala sejak dahulu lagi kerana terdapat ramai para Kiai yang terkenal lahir dari situ.

Sempena memperingati ulama' terbilang yang bernama KH. Ali Qaribun ini, telah diadakan kuliah ini.

Saya tertarik dengan penerangan dari Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari tentang kehebatan Melayu sejak sebelum zaman kelahiran baginda Rasulullah yang kita cintai Nabi Muhammad Shollallahua'laihiwasaalam lagi.

Sila laburkan masa anda selama lebih kurang 40 minit untuk anda turut sama fahami kehebatan bangsa melayu yang sebenar ini.

Semoga bermanfaat. Selamat menonton ! 



Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *