09 May 2017

Rawatan Islam - Melembutkan Hati Yang Keras

Alhamdulillah...

Allah masih lagi memberi kesempatan untuk saya terus berkongsi kepada anda dalam blog ini.

Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang teknik rawatan Islam untuk melembutkan hati manusia yang sudah keras.

Sedikit perkongsian daripada saya tentang minat saya terhadap ilmu rawatan Islam. Ia bermula sejak isteri saya mengandungkan anak yang pertama. Semakin lama saya belajar tentang ilmu rawatan Islam semakin saya berminat untuk mendalami ilmu ini. Cukuplah sekadar itu dulu perkongsian berkenaan saya.

Kita terus kepada tajuk untuk cara bagaimana melembutkan hati yang keras mengikut rawatan Islam.

Tip ini saya perolehi dari salah satu group Telegram dari Pusat Rawatan Islam Darul Muallij. Kaedah ini dikongsi sendiri oleh pengasas pusat rawatan itu sendiri iaitu Ustaz Hassan bin Ishak.

Semoga memberi manfaat kepada anda dan selamat beramal. In syaa Allah.




DOA PELEMBUT HATI❤️ BAGI ANAK2 YANG NAKAL👶🏻::


🍀Masalah anak nakal, degil,pemarah,hyperaktif, kaki lepak, berjinak-jinak dengan sahabat nakal, ada potensi bakal jadi bohjan, bohsia, mat rempit, kupu-kupu malam adalah antara masalah yang sering berlaku di zaman ini dan merungsingkan ibu bapa di mana ibu bapa mula menyalahkan anaknya atas terjadi semua ini, Ada juga yang menyalahkan takdir.

🍀Sebenarnya, semua ini berlaku kerana hampir 70% isteri bekerja dan bekerjaya. Maka masa untuk anak-anak sudah diabaikan. Namun dalam islam telah mengajar kita satu ilmu yang telah lama dipinggirkan sejak ahli kaunseling yang tidak ada asas kelulusan agama, tidak ada pengetahuan tentang al-quran dan hadis telah mengambil alih peranan ini.

🍀Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Toha).

🍀Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dielmbutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

🍃Mengikut aturannya, bacalah:

🍃BACA SURAH AL-FATIHAH
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ (3) مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ (7)

  اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
 DIULANG 10 KALI AYAT

🍃PEMECAH KEBUNTUAN (AL-HASYR:21-24):
لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (24)

🍃BACA AYAT 1-5 SURAH TOHA
طه (1) مَا أَنزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (2) إِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَن يَخْشَى (3) تَنزِيلًا مِّمَّنْ خَلَقَ الْأَرْضَ وَالسَّمَاوَاتِ الْعُلَى (4) الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى (5)

🍁kemudian baca doa pelembut hati di bawah
اَللَّهُمَّ لَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ گما لَيِّنْتَ لِدَاْوُدَ الْحَدِيدْ
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi"

🍁KEMUDIAN TIUPKAN KE AIR

🍀Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

Jenis air💦 yang boleh digunakan:
1. Air 💧Zam-zam
2. Air💧 Kolah Masjid (tempat berwuduk)
3. Air💧 Bacaan Yaasin beramai-ramai pada malam jumaat.


USTAZ HASSAN BIN ISHAK
DARUL MUALLIJ

Postingan Terkait

1 comment:

  1. assalamualaikum saya ada mengulas topik sama dalam blog saya https://perbaikidiri.xyz/ilmu/melembutkan-hati-yang-keras/

    ReplyDelete

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *