03 May 2017

4 Kelebihan Berbaloi Penulisan Artikel Sebagai Kaedah Pemasaran Internet


Google Keyword Tool atau sekarang dinamakan Keyword Planner adalah salah satu peralatan online daripada salah satu produk Google bagi mengenal pasti kata kunci yang sering digunakan oleh pelayar internet melalui enjin carian.

Kata kunci yang berpotensi tinggi menjadikan penulisan artikel mudah mendapat perhatian pelayar-pelayar internet yang dahagakan maklumat.

Apa yang perlu kita fahami adalah objektif berkongsi maklumat yang tepat adalah fokus utama penulis artikel yang benar-benar serius ingin menjadikan artikel mereka sebagai kaedah pemasaran internet yang berkesan.

Sudah semestinya ada teknik ataupun cara yang betul untuk menulis artikel yang menarik perhatian.

Jika anda ingin belajar bagaimana membuat duit melalui penulisan artikel yang berkesan, anda boleh belajar terus dengan Tuan Aqif Azizan ( Pakar & Jurulatih Penulisan Bisnes)  di www.rahsiapenulis.com .


Disiplin Penulisan Artikel

" Content is King. "
Pasti anda pernah mendengar tentang ayat di atas kan ! Artikel yang bermaklumat adalah raja. Setiap maklumat yang membantu pelayar internet menyelesaikan masalah mereka akan memberi keunikan kepada artikel anda.

Semakin ramai pembaca artikel anda maka semakin unik lah artikel anda ! 

Sebab itulah ramai usahawan internet tidak kira di dalam negara atau di luar negara memilih penulisan artikel sebagai kaedah pemasaran mereka. Baik dalam bentuk blog, e-commerce, forum dan sebagainya.

Ini kerana penulisan artikel adalah kaedah paling berbaloi untuk teknik pemasaran internet yang efektif.

Sebagai penulis artikel, kita perlu ada prinsip dan disiplin yang tinggi. Tidak menciplak idea penulisan orang lain, tidak memberi kredit kepada penulis artikel yang bersusah payah mencari rujukan untuk menulis dan sebagainya antara disiplin yang perlu dipatuhi.

Kegagalan mematuhi disiplin ini bakal menjatuhkan kredibiliti anda sebagai seorang usahawan online dan ini juga akan mencemarkan bisnes anda sendiri.

Apa yang perlu anda fahami adalah penulisan artikel yang persuasif memerlukan banyak pembacaan, rujukan serta kajian yang mendalam sebelum anda memulakan penulisan artikel anda.


4 Kelebihan Berbaloi Penulisan Artikel

Berikut saya kongsikan 4 kelebihan berbaloi penulisan artikel sebagai kaedah pemasaran internet :

1) Semestinya Percuma

Macam tipu jer ? Mungkin macam tak betul kecuali anda perlu membayar internet servis provider untuk domain dan hosting jika anda memilih cara berbayar.

Jika anda ingin sepenuhnya percuma anda boleh memilih blogger.com sebagai pilihan untuk menguji keberkesanan penulisan artikel anda selain menyediakan komputer dan juga tangan anda untuk menaip artikel anda kelak.


2) Website Anda Cepat Index

Hantar penulisan artikel anda ke website artikel direktori yang ada authority tinggi supaya website anda lebih cepat di index dalam enjin carian. Website anda boleh di index melalui resources box dan ia perlu diletakkan pada penghujung artikel anda.

Website artikel direktori yang mempunyai authority tertinggi adalah di EzineArticle.com.

Anda juga boleh menggunakan forum yang mempunyai ahli yang aktif untuk diletakkan pada bahagian blog forum. WangCyber adalah salah satu forum  yang menyedia kolum blog untuk penulis artikel.

Anda juga boleh menulis artikel anda di Facebook Notes. Jangan lupa anda letakkan url website anda di penghujung website serta nama penuh anda sebagai penulis asal artikel.

Contoh Notes saya seperti di bawah.



3) Dapat Backlink Secara Automatik

Artikel yang anda telah anda hantar di website artikel direktori tadi menyebabkan website anda secara automatik mendapat backlink dari website lain. Ini terhasil daripada keunikan penulisan anda serta mendapat hak cipta terpelihara dari artikel direktori yang berauthority tinggi bagi meyakinkan pemilik website lain memilih artikel anda sebagai rujukan.

Potensi URL website anda dengan mudah akan di backlink ke dalam website mereka. Semakin ramai menggunakan artikel anda sebagai rujukan, maka semakin tinggi ranking website anda di enjin carian.


4) Meningkatkan Reputasi

Sebagai pemasar internet, jika anda sekadar menggunakan gambar produk dan sedikit info tentang produk semata-mata, anda tidak dapat memperbaiki kadar conversion. Objektif meningkatkan trafik melalui penulisan artikel boleh membantu memperbaik kadar conversion untuk menukar trafik kepada jualan.

Selain daripada itu kredibiliti anda sebagai usahawan juga meningkat. Apabila kredibiliti anda meningkat, maka reputasi bisnes anda juga akan meningkat.

Bukankah lebih baik anda meningkatkan kemahiran menulis artikel sebagai kaedah pemasaran internet bermula dari sekarang ?

Jika anda serius ingin menjadikan penulisan artikel sebagai sumber pendapatan anda, anda boleh belajar dengan pakar penulisan bisnes Tuan Aqif Azizan melalui produk beliau sendiri di www.rahsia penulis.com !


Semoga artikel ini memberi sedikit sebanyak manfaat in syaa Allah. 

Sekian. Terima kasih.

Postingan Terkait

No comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.

Formulir Kontak

Name

Email *

Message *