Subscribe Now!

Tuesday, 11 June 2013

Amalan Menghindari Diri Dari Melakukan Maksiat

Salam hormat,

Jika anda membaca post ini bukan bermaksud saya ni pandai sangat tentang agama. Saya cuma ingin berkongsi kepada anda satu amalan untuk menghindari dari godaan syaitan yang akan mendorong kita melakukan maksiat.

Kita sebagai umat di akhir zaman harus berasa syukur kerana banyak amalan doa dan ayat-ayat Al-quran untuk kita sama-sama kita amalkan. Kita semua sedar bahawa senjata orang muslim adalah berdoa. Kelemahan yang menghalang kita melakukan DOA adalah kerana hasutan syaitan. Jika kita berdoa pun syaitan akan memesongkan hati kita dengan keasyikan dunia yang melalaikan.

Baiklah... amalan yang saya nak kongsikan ini pun saya perolehi dari Dato' Ismail Kamus melalui ceramah Israk & Mikraj tahun lepas yang telah dikongsikan di Youtube. Boleh tonton ceramah beliau melalui link ini https://www.youtube.com/watch?v=EmaxKcGf-EY&feature=youtube_gdata_player.

Berikut adalah amalan untuk terhindar dari melakukan maksiat iaitu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak 11 kali setiap selasai solat subuh.Mudahkan!

Setelah kita membaca surah tadi insyaAllah syaitan sukar untuk menggoda kita untuk melakukan maksiat pada hari kita mengamalkannya. Kita telah sedia maklum bahawa hidup kita tidak akan sunyi TANPA godaan dari syaitan yang direjam.

Amalkan dengan yakin pasti anda dapat rasakan sedikit ketenangan dalam hati yang dihindari dari godaan syaitan. Insya Allah....

P/S : Biarlah amalan itu sedikit tetapi kita dapat melakukannya selalu.



0 comments:

Post a Comment

Sila lontarkan komentar anda. Terima kasih.